Tuesday, November 25, 2008

Pengujung Warga Emas melawat Rumah Panjang Micheal Ancho

























































































Pada 23 November 2008 iaitu pada hari ahad Rumah Panjang Micheal Ancho telah di kunjungi oleh Foochow Association. Foochow Association mengunjungi rumah panjang Micheal Ancho dengan menaiki tiga buah bas panjang.Mereka sampai jam 9am. Pengujung tersebut telah disambut oleh dua orang komuniti dengan berpakaian iban tradisional, seorang perempuan dan seorang lelaki. Seorang lelaki berpakaian iban tradisional bernama Clarence Austin Ngalai dan seorang lagi perempuan bernama Karen Kendawang.

Mereka semua telah disambut baik oleh komuniti rumah panjang Micheal Ancho dan komuniti-komuniti lain. Pengujung dipersembahkan dengan tarian ngajat orang iban di ruai, Nyumpit, Nyabong, Makai Pansuh Manuk dan banyak juga aktiviti lama orang iban dipersembahkan kepada pengujung. Mereka tertarik dengan bermacam-macam aktiviti yang telah disediakan oleh rumah panjang tersebut. Jam 11.30am mereka balik.